Assalammualaikum..
It's been awhile i haven't write any post yet... rasanya hampir setahun..Subhanallah..selama setahun inilah aku telah jadi "seseorang". "Seseorang" yang d maksudkan bukanlah orang ternama atau yang berpangkat tinggi...hanyalah sekadar "seseorang" yang diberikan Allah hidup yang baru.
Alhamdulillah, aku sudah pun sihat sepenuhnya..syukur2..nikmat Allah yang dipinjam ini sangat2 berharga..walau sedetik cuma Allah tarik nikmat ini, aku sepenuhnya yakin, manusia sangat sukar untuk menempuhnya..maka, pesanan untuk diri ini, BERINGATLAH. ingat lah masa muda sebelum masa tua kita, masa sihat sbelum masa sakit kita, masa kaya sebelum kita miskin, masa lapang sebelum sempit,..dan, masa hidup sebelum kita MATI...astaghfirullah.
Hmm...bekerjaya sebagai seorang nurse sememangnya anugerah dari Allah..Dia yang menentukan segalanya..Seriously, aku sangat kagum, syukur, terpegun, akan aturan yang Allah buat ini.DIA Maha Bijaksana..sangat tersusun, indah, dan menariknya perjalanan hidup hambaNya yang telah DIA aturkan.sangat2 indah..setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. aku tahu, dalam menjalani tugas seharian, kadang2 kita lupa akan tugas dan tanggungjawab hakiki kita pada Pencipta..maka, Allah tegur kita tanpa kita sedari..
byk kejadian2 yang mengisafkan berlaku di depan mata ku ketika bertugas.dan aku tau, Allah sebenarnya sedang menegur ku.. betapa Allah sayangkan hambaNya. aku nak kongsi satu kejadian yang aku rasa sangat2 menyentuh hatiku dan rakan sekerja..baru jer berlaku beberapa hari yang lalu, di mana, sebuah van yang membawa pelajar2 kolej separa perubatan telah terlibat dalam satu kemalangan yang agak ngeri. Hujan memang turun agak lebat, jalan raya licin..setelah mereka balik dari menuntut ilmu..Allah uji mereka dengan accident. punca kejadian sebenarnya daripada pemandunya yang cuai..mabuk sbb arak.astagfirullah..pelajar2 cedera parah. tepat pukul 4.30petang, pelajar2 yang parah telah di hantar ke klinik kami oleh orang awam yang lalu lalang d kawasan kemalangan. Ya Allah, sangat2 kesian bila melihat mereka yang kesakitan..Nurse2 dan Doctor berganding bahu menyelamatkan kesemua mangsa..secara mata kasar, langsung tiada patah2 d kaki or tangan..tapi sebenarnya, mereka menangung kesakitan yang teramat disebabkan organ dalaman mereka cedera..ada yang buah pinggang ruptured, tempurung kepala pecah, lutut hancur..dan yang lain2..astaghfirullah..sedih2. paling menyayat hati, seorang dari mangsa yg dalam kesakitan kata, "kak,maaf kak sbb dah susahkan kakak" yaAllah..Astagfirullah..tersentuh hati. dah selesai rawatan kecemasan, mereka terus d kejarkan ke hospital besar dengan ambulan..Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang dapat menyelamatkan mereka dan menenangkan hati2 mereka yang gundah..baru2 ni dpt tahu berita terkini tentang mereka: student yang kidney ruptured tu dh d buang buah pinggang nya, yang lutut pecah dah di potong kaki nya (huhu..im crying), dan yang lain2 msh koma d ICU. huhu..msh x dpt bygkan hati mak bpk pelajar2 ni..apa yg akan berlaku dengan masadepan mereka..yaAllah, tenangkanlah hati mereka dan kuatkan semangat mereka menempuh dugaan Mu ini Ya Allah..sungguh, aku syukur sbb aku telah Allah selamatkan dari kecelakaan yang sebegitu rupa..maka, beringatlah sesiapa yang d luar sana yang sedang atau pernah mengalami dugaan yang berat, bahawa ada lagi insan yang menderita lebih teruk daripada anda..maka bersyukurlah..
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya."
p/s: Ya Allah, sembuhkanlah mereka..tenangkan lah hati ibu bapa mereka..dan kuatkanlah semangat mereka..Aameennn..