sebelum tu lawatilah laman web rasmi imam muda yer... www.facebook.com/imammuda
dorang menarik perhatian saya tentang isu "kenapa suami isteri yang dah 20 thn kahwin secara halal belum2 dapat anak, tetapi orang yang belum kahwin 2 3 ari terus dapat anak..."
sebenarnya persoalan ni pernah tercetus dlm pikiran Hati Qalbi..malah mak sy pun pernah gak tya..kenapa ek??adakah ini satu permintaan atau anugerah? tetapi bagi saya, ni suma dugaan dan ujian Allah.. Allah bagi kat sesetengah org yg belum berkahwin tu anak sebab Dia nak bagi keinsafan kepada mereka, semoga mereka berdoa pada Dia minta diampukan dosa2..manakala pasangan yg dah berkahwin tapi belum lagi mendapat cahaya mata padahal bertahun2 dah kahwin sbb Allah nak dorang BERSABAR..Allah nak dorang pun BERDOA jugak sebab Dia rindu sgt doa dari hamba-hambaNya..Dia teramat rindu mendengar rintihan, rayuan dari hamba-hambaNya yang bersabar. klau kita tgk dua2 situasi ni ada persamaan sebenarnya...iaitu DOA. boleh jadi Allah jadikan sesuatu tu berlaku sebagai perantara untuk kita lebih DEKATKAN diri dengan ALLAH. Dia Maha Penyayang. Dia nak kita lebih dekat diri denganNYA...untuk org yang belum lagi dapat cahaya mata, bersabar la ek...sabar itu indah..iyer..saya memang xda pengalaman lagi pasal ni sbb sy blum pun kawin tp sy percaya Allah jadikan sesuatu ada sebabnya...memang betul pun ada sebab bagi semua kejadian..yang dah ada anak tapi buang anak tu, bawak2 la insaf..huhu..anak korang x bersalah.memang kita selalu dengar ayat ni, tapi apapun memang ayat ini memang akan di ulang senantiasa sebab memang betul pun bah!!! ANAK KORANG X BERSALAH ...(geram betul aku ngan 'pembuang' bayi ni. huh!!)
tapi berbalik pasal imam muda tadi...(bawah ni) nila ABE SYARA dari Sarawak..semoga dia balik nanti boleh bawak perubahan kat sini..huhu.amin.
p/s: masa imam muda diumumkan xda penyingkiran..sukanya saya..tapi mulut ni terkeluar plak ayat, 'nape plak xda penyingkiran?'. ~zip~ "ni bukannya AF dik oiii", kata kakak.hehehe...yela kan.
0 comments:
Post a Comment